Wednesday, November 7, 2007

12 barisan di Akhirat kelak

Adakah kita ini terdiri daripada golongan mereka di barisan ke-12.

Renung-renungkanlah sebelum terlambat wahai sahabat-sahabatku sekalian..

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap RasulullahSAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" SurahAn-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satuseruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuhdengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Merekaitu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan pi gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yangbersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang MahaPengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri.
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya...

..Wallahua' alam.

Friday, November 2, 2007

20 Perkara Membatalkan Syahadah…

Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batallah Iman mereka..

1. Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T.


2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T.

4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.

5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya.

6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah.

7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.

8. Menyintai dunia lebih dari akhirat.

9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya.

11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah.

12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin.

13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.

14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.

15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.

16. Tidak mengetahui ma’rifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya.

17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.

18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.

19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku’ bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Ka’bah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

20. Berperasaan riya’.